Monday, June 15, 2009

kerana diriku begitu berharga~

salam sejahtera semua~



tadi sewaktu dinner kfc bersama-sama mama n papa kat umah, mama baru teringat nak bercerita ada seorang lelaki Indonesia bertanyakan khabar aku?hah?!!lelaki Indonesia?



actually,mama baru balik dari Bandung a couple weeks ago with papa..dorang pegi honeymoon tak ajak aku..chait~



tapi sebenarnya aku dah sampai Bandung beberapa bulan lepas dengan mama..so,aku tak berpeluang la nak join mama n papa on that trip..



alkisahnya,masa aku ke sana dulu aku dinner kat satu kedai seafood ni..apa ntah nama kedainya..aku pun tak ingat..kat dalam tu waiter2 yang ada punyalah kacak..seperti lelaki2 putih gebu kulitnya yang selalu berlakon dalam sinetron2 Indonesia tu la..owhhh..kacaknya..*drool*



owhh..ruginya tak berkenalan dengan mereka..haih~



by the way,bila mama n papa ke Bandung on the next trip,mama pon bawak la papa makan kat situ lagi..dan masa nak bayar tu adala orang yang bertanyakan aku..bertanya kenapa aku tak ikut sekali dan juga bertanya aku sihat ke tak..



wah..wah..lepas aku dengar cerita mama tu aku terkejut la jugak..sebab aku makan kat kedai tu dulu tak sampai 2 jam pon..dan hakikatnya banyak lagi pelanggan kedai tu datang 2-3 bulan lepas aku pegi sana dulu..dan ada jugak orang ingat aku..tak sangka sungguh~



sebenarnya aku selalu anggap dari dulu sampai la sekarang,kalau aku bertemu dengan individu baru dan setakat tengok muka dan senyum2,aku yakin sekali dia tak akan ingat aku dah lepas tu..tapi lepas apa mama cerita tu aku rasa happy..sebab ada orang ingat kat aku walaupun jumpa kejap ja..dan benda2 kecik macam ni memang berupaya untuk menambahkan keyakinan diri aku untuk lebih menghargai diri sendiri..



kita kena ingat,tak semua orang punya keyakinan diri yang tinggi..aku ni dalam kategori insan yang sangat tipis keyakinan dirinya..walaupun umur nak menginjak 23 tahun,my self esteem sangat rapuh..aku suka tengok orang yang tinggi keyakinannya..yang boleh speak out apa yang termaktub dalam minda,melemparkan idea dan berhujah dengan yakin tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa..aku nak sangat jadi macam tu..



tak mengapa..aku akan berusaha mengikis segala kemalu-maluan aku tu(ehh,kenapa lain macam ja bunyi ayat terakhir tu..)dan tingkatkan keyakinan diri..oh,yeah..aku akan cuba~





p/s : terasa nak ke Phuket, tetapi H1N1 menghalang..apakan daya~

No comments:

Post a Comment