Friday, May 29, 2009

perkara itu~

aku terlalu suka dengan sesuatu perkara sehingga aku rasa terlalu obses dengan perkara itu...

hanya selama beberapa hari atau minggu....

kemudian aku akan mula terasa tawar hati...

seterusnya aku akan berhenti menyukai melayan perasaan menyukai perkara itu...

aku tak mencuba untuk mendapatkan perkara yang aku suka itu...

adakah aku normal sebenarnya?

adakah semua orang pun sebegitu?

adakah aku seorang yang tidak setia?

adakah aku cepat terasa bosan?

adakah aku terlalu cepat mengalah?

adakah aku terlalu takut untuk berani mengambil risiko mendapatkan apa yang aku suka itu?









p/s : ya, aku rasa aku seorang yang penakut...takut untuk yakinkan diri bahawa aku mampu untuk memiliki perkara yang aku suka itu...tapi dalam masa yang sama aku takut untuk menerima hakikat aku berkemungkinan tak akan dapat perkara yang aku suka itu...lantasnya, aku biarkan perkara yang aku suka itu berlalu begitu sahaja~


~betapa pasifnya aku nih~

masih ada~

ELLO - MASIH ADA

Hari-hari ku lewati
hanya sendiri
tanpa kekasih
Tapi tetap ku nikmati indahnya hari tanpa tambatan hati

Aku ingin menjadi
setitik awan kecil di langit
Bersama mentari
Walaupun ku sendiri tapi aku masih ada
Masih ada cinta di hati

Kadang aku merindukan
Merindukan sentuhan
Sentuhan wanita

Ingin ku curahkan semua
Semua hasrat di jiwa
Yang telah lama ku pendam

Hari-hariku lewati hanya sendiri tanpa kekasih
Walaupun kusendiri
tapi ku masih bisa bahagia






p.s : wahhhh.....seriously aku suka lagu ini..
setiap bait liriknya melambangkan keadaan jiwa aku ketika ini..
every single words.. except that you should change the "wanita" word to "lelaki".. i'm a straight woman ok~

Wednesday, May 27, 2009

memori itu~

aku baru pulang dari oldtown kopitiam..lepak dengan my best soulmate, fairuzara..

we were talking..babbling..yapping..laughing..smiling..flirting (with guys around us ok not with each other)..giggling..laughing..laughing..laughing..lively amusing...

well..it was a damn good moment..

make me think of our friendship which has been exceed more than a decade..

the memoirs~

owhh..

we are a good pair of item and we fill each other..

i'm so glad we found each other 11 years ago~





p/s : fairuz baik dan fairuz jahat.. =))

Tuesday, May 26, 2009

1 lagi persoalan terjawab~

hahahahahahahahaha~

at this phase of time i am feel tremendously need and want to laugh out loud...

hahahahahahahahaha~

opp...oppp...okeh sudah2 gelak tu...

trrrrr...haa haa haa haa~

tak buleh tahan la..

hahahahahahahaha~

ehh..ok2.. i'll stop..

after about 3 days being 'tak tentu arah' and being a super dufous goofey human being in this whole wide world by stalking this superbly gorgeous handsome man, i just secondly found out that he is HAPPILY ENGAGED WITH THIS TOTALLY AWESOME AND BEAUTIFUL DEARLY GIRL~

hahahahahahaha~

NURUL FAIRUZ HIDAYAH...SERVE YOUR RIGHT LA BABE sebab tak pernah sedar diri..







p/s : akhirnya NURUL FAIRUZ HIDAYAH dah jumpa jalan pulang..dan dia sememangnya telah mendapat satu pengajaran yang amat berguna untuk dirinya iaitu..JANGAN BERANGANLA NURUL FAIRUZ HIDAYAH WEH..

hahahahahahahaha~

Monday, May 25, 2009

1 persoalan telah terjawab~

yesss..finally,i know his name and have his PICTURE~

oh my gosh~

mode : excited!!






p/s 1 : he has a very unique name..not even like malays or even malaysian..hurmmmm....

p/s 2 : my oh my, why do i sound and act like a stalker..oh mannn..i have to stop all this nonsense behaviour..

MAYDAY..MAYDAY..NURUL FAIRUZ HIDAYAH..SILA PULANG KE PANGKAL JALAN~

malam semalam~

malam semalam aku bermimpi























mimpi yang sangat indah...
owhhhhhhh....sungguh indah andai ia menjadi kenyataan~










p/s : bukan sesekali mimpi basah ya~

Saturday, May 23, 2009

sebentar tadi~

owhhhh my...

baru sebentar tadi lelaki yang aku pernah ceritakan pada entry lepas (kalo korang ingat lagi la..) datang ke kilang..eh,bukan pelakon tu..alaa..that guy yang aku kata sangat charming datang ke kilang aku dulu tu..haa,that guy la..

by the way, he's here with his uncle..today he looked so leisure..wearing jeans and long sleeves green t-shirt..i was so 'tak tentu arah' on the spot when i saw him, at the gate..my heart beat so fast..terkejut kot, sebab tak sangka dia datang lagi..haha~what a nuisance feeling..

well.. Nurul Fairuz Hidayah are going to go crazy on this whole day (weeks maybe..)~

gila melayan perasaan jiwa yang perasan..haha~







p/s : layan ja la weh~

Wednesday, May 20, 2009

Ciri2 lelaki yang menarik di mata Nurul Fairuz Hidayah

Salam sejahtera semua..

Well..hot topic today..haha..

Ciri2 lelaki yang menarik di mata Nurul Fairuz Hidayah merangkumi 3 perkara:

1)Cara pemakaiannya
Nurul Fairuz Hidayah berpendapat seorang lelaki yang menjaga pemakaiannya adalah seorang yang yakin dan sayang pada diri sendiri. Lelaki yang sayang dirinya terlebih dahulu berhak menyayangi insan lain, seperti dia sayang pada dirinya. Nurul Fairuz Hidayah suka seorang lelaki yang yakin pada diri sendiri supaya dia turut sama membantu memberi tiupan semangat keyakinan pada diri Nurul Fairuz Hidayah. Seperti yang di lakukan oleh lelaki ini :



2)Senyumannya
Nurul Fairuz Hidayah sangat teruja bila tertatap seorang lelaki yang tersenyum. Lebih2 lagi sekiranya lelaki itu memiliki raut muka yang garang dan jarang tersenyum. Bagi Nurul Fairuz Hidayah, senyuman merupakan satu senjata yang amat mustajab untuk melembutkan dan mencairkan hati seseorang terutamanya hati Nurul Fairuz Hidayah. Ditambah pula sekiranya lelaki itu memiliki kecacatan yang cantik pada wajahnya iaitu lesung pipit. Susunan gigi yang putih teratur juga merupakan satu bonus kepada ciri2 lelaki yang menarik di mata Nurul Fairuz Hidayah. Seperti lelaki ini :



3)Kekidalannya
Ya. Nurul Fairuz Hidayah suka dengan lelaki yang kidal. Mata Nurul Fairuz Hidayah gemar melihat lelaki yang cekap menggunakan tangan kirinya. Sampai sekarang Nurul Fairuz Hidayah masih percaya bahawa individu yang kidal merupakan individu yang kreatif. Disebabkan Nurul Fairuz Hidayah seorang yang menghargai seni, tidak kiralah dari segi atau cabang mana sekalipun aliran seni tersebut, maka Nurul Fairuz Hidayah merasakan kekreatifan itu penting untuk menjadi objek dan subjek menarik di mata Nurul Fairuz Hidayah. Ya, kidal itu menawan.

p/s : Nurul Fairuz Hidayah memang meminati lakonan mantap yang ditonjolkan oleh pelakon ini. Dan ciri2 yang ada pada beliau adalah kebetulan sama dengan ciri2 lelaki yang menarik di mata Nurul Fairuz Hidayah. Harap Maklum. Gambar2 di ambil dari facebook beliau. Terima kasih. =))

Monday, May 18, 2009

jari kaki~

salam sejahtera semua..

aku baru balik dari kampung semalam.kampung aku di kangar,perlis.perjalanan mengambil masa hanya 1 jam 30 minit.aku rasa kalau naik kenderaan biasa ianya mengambil masa 2 jam 15 minit,tetapi oleh kerana aku menaiki kenari yang dipandu bapaku,aku terasa seperti naik jet saja.(macamla aku penah naik jet sebelum ini..)

hurm..sesampai sahaja di pekan kangar kami ke rumah Tok Miah dulu.Tok Miah ialah ibu kepada bapaku.Setelah meluangkan masa selama beberapa jam, selain menjamu selera nasik lemak yang enak lagi lazat dimasak oleh Tok Miah kami mengundurkan diri untuk ke rumah Tok Embun.Tok Embun pula ialah ibu kepada ibuku.

Setelah kami selesai makan malam yang semangnya dan pasti lazat lagi enak,aku,Tok Embun dan Kak Long(sepupuku) baring dan bersantai di depan tv.(macam mana la tak tembun,lepas makan terus baring..haih).sedang aku leka menonton tv cerita Ghost season 2, tok bersuara..

"jari kaki kak ngah (akula tu) sama ja no"

aku dengan tak semena2 terus melihat jari-jemari kaki ku.apa maksud tok jari kaki yang sama?kemudian aku membuat perbandingan dengan jari kaki kak long dan tok dengan jari kaki aku.

"ha'ah la..beza sungguh dengan jari kaki tok ngan kaklong..jari yang tu (seblah ibu jari kaki) lagi panjang dari ibu jari kaki..awat tok?ada maksud apa2 ka?" aku bertanya.

"orang tua2 kata kalau jari tu panjang dari ibu jari kaki,bapak mati dulu..(sungguh kasar bunyinya ya)..cuba tengok tok dengan kak long,kami dua2 bapak mati dulu.."

aku tunduk terfikir.dalam hati terdetik.ha'ah la.memang Nyang Lah(bapa Tok Embun) ngan Angah(bapa Kak Long) lebih dulu menemui ajal berbanding isteri masing2.sebelum ni pun aku ada gak terdengar mitos ni.cumanya aku buat2 tak dengar.tapi tak tau la kenapa,malam tu apa yang tok cakap terus terngiang2 dalam kepala aku.

aku mula duduk tak senang.korang penah rasa tak.bila korang rasa korang macam tau apa akan jadi pada masa hadapan bila tengok petanda2 macam ni.nak2 pasal kematian nih.buat aku rasa resah semacam.aku mula rasa tak tenang.

tiba2 aku terfikir.papa pun kehilangan Wan Zain (bapanya).lantas aku bangun dengan cepatnya meluru ke arah papa dan tanpa waswas terus selak sikit kain pelikat papa yang tengah kusyuk duduk bersilang kaki sambil membaca surat khabar dan melihat terus jari kaki papa tanpa mengelip mata.

hurmmmmm..jari kaki papa pun teratur ja..tak panjang dari ibu jari kaki pun..hati ku lantas kembali riang dan tenang..senyuman terukir kembali di wajahku..





p/s 1 : manusia tidak akan tahu dan tidak dapat meramal masa hadapan.hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa..

p/s 2 : ada satu lagi mitos yang aku dengar tentang tahi lalat di bahu..iskk..sungguh gerun pabila memikirkannya since aku pun ada tahi lalat di bahu..huhu..

tag klakar gelak golek2~

YOUR REAL NAME?
NURUL FAIRUZ HIDAYAH

STAR WARS NAME?
(the first 3 letters of your last name, first 2 letters of your first name)
HIDNU => isk,kalo ubah sikit kedudukan perkataan ni buleh menimbulkan isu keagamaan nih..haha

DETECTIVE NAME?
(favorite color, favorite animal)
TURQUOISE KOALA => ye,sebut dengan sebutan qalqalah ye..hehe

SOAP OPERA NAME?
middle name, town where you were born)
FAIRUZ KANGAR => macam nama kedai makan ja aku rasa

SUPERHERO NAME?
(2nd fav color, fav drink, add "THE" to the beginning)
THE PINK TEH AIS => superhero pakabenda nama camnih..tak mencabar langsong..haih~

FLY NAME?
(first 2 letters of 1st name, last 2 letters of your last name)
NUAH => fly name tu apa ya?nama terbang kah?

ROCK STAR NAME?
(pets name, current street name)
CINTA BLOK P7 => rock la sangat,macam lagu cinta zaman2 90an pulak..hehe

PORN NAME
(1st pet, street you grew up on)
KITTY BEHOR => hahahahahah..porny habesss~

YOUR GANGSTA NAME?
(first 3 letters of real name plus "izzle")
NURIZZLE => macam nama masakan mee sizzling aa..haha

YOUR GOTH NAME?
(black, and the name of one of your pets)
BLACK LAILA => haaa,yang ni sungguh menjadi~

STRIPPER NAME?
(name of your fav perfume, fav choc)
EUPHORIA LUSTRE BOUNTY

WIZARD'S NAME?
(last 3 letters of mother's name, first 3 letters of current job, first 3 letters of your zodiac sign and last 3 letters of home street's name)
IDASTUSCOPAS => memang macam nama wizard ah..

PIRATE'S NAME?
(fav actor last name, your 'pet' name, fav actress last name, add "Captain" at the beginning)
CAPTAIN ADZIM DIEGO SURIHANI => seperti pernah ku lihat nama captain adzim nih..tapi d blog mana ya?haha~







p/s : i LIKE my stripper name...hahahaha~

Sunday, May 17, 2009

Lost..again~

Life is funny, isn't it?Just when u think u've got it all figured out,just when u finally begin to plan something,get excited about it and feel like u know what direction u're heading in,the paths change,the signs change,the wind blows the other way,north is suddenly south and east is west and u're LOST.It is easy to lose ur way,to lose direction.Once again,i'm LOST...

Thursday, May 14, 2009

ha'ah kan~

salam sejahtera semua..

setelah aku membelek belek entry posts yang aku penah buat dalam blog ini kan, aku baru terperasan yang aku banyak buat entry tergantung kan?sebagai contoh cerita aku pergi jumpa client nak mengajar bahasa melayu kat rumah dia tu.aku tak update pun kesinambungan ceritanya.lagi satu kisah aku mencanang dengan rianya nak balik ke kampung halaman.itu pun aku tak ceritakan kan?gila pemalas aku nih.hehe.

aku bukannya apa.kalau menulis tanpa ada idea memang sangat membosankan la entry blog aku nanti (macamla sebelum ni tak membosan kan?).sebenarnya aku ada idea untuk menaip,tapi kadang2 tu masa tak mengizinkan.maklumlah aku ni cukup susah dan tak tertib dalam menyusun masa aku.macam mana la aku nak mula mengatur masa aku dengan setertib yang mungkin pun aku tak tau.kadang2 bila kita dah terbiasa dengan sesuatu habit/tabiat(pilih yang mana senang sebut) tu kan,memang sangat payah untuk kita mengubahnya.aku pernah terdengar dan terbaca satu artikel yang mengatakan seseorang itu hanya dapat membina satu habit/tabiat yang baru sekiranya individu tersebut membiasakan diri dengan habit/tabiat yang baru itu selama 2-3 minggu tanpa ada lompatan (skip la maksudku).

haa..setengah bulan kita nak biasakan diri dengan benda2 baru.ingat senang ka nak capai.sebab tu la kita selalu dengar penagih dadah susah nak buang habit/tabiat mereka tu.kalau tak kuat iman memang kembali semula la ke pangkuan dadah durjana tu.jadi,sebagai langkah paling baik,jangan sesekali mendekatkan diri dengan penyalahgunaan dadah.(aisey..macam iklan kat radio plak)

anyway..aku selalu jugakla ingatkan diri aku..supaya mengubah habit/tabiat yang tak sepatutnya diamalkan.tapi,tu la.senang untuk bercakap dari melaksanakan.aku kena selalu, selalu dan selalu mengingatkan diri.iman aku tak seteguh mana.harapan aku menggunung untuk membuat yang terbaik dalam mencapai kebahagiaan aku sendiri.




p/s : entry kali ini agak skema pulak aku rasa..

Monday, May 11, 2009

aku yang terharu~

salam sejahtera semua~

mintak maaf kerna sudah lama tidak mengupdate blog ku ini..aku sungguh2 sibuk..(sibuk sangat ler tu..)

anyway..aku rasa sangat2 terharu pada masa ini..aku baru je lepas melawati blog kawan baik aku ni..namanya alwani amalini mustapha..aku panggil dia laling..dan dia panggil aku cayam..haa,agak scandalous kan bunyinya?

aku terharu sebab entry beliau bercerita pasal aku..aku rasa di hargai tau bila ada orang sanggup buat entry blog pasal aku..panjang lebar plak tu..nak nanges je bila baca entry tu..terharu seyh..ok,aku promote kat korang blog beliau ye..sila la ke www.amalini.blogspot.com. korang mesti suke lah bila singgah kt blog dia nih..pembacaan yang santai dan sangat menarik..sila2..(laling..sila belanja cayam set quarter part of chicken Kenny Rogers ya atas promosi ini..haha)

okay..aku ingin buat satu dedikasi terima kasih untuk my sahabat sejati ku ini..

laling...terima kasih untuk segala2nya..banyak benda kita penah lalui bersama..pahit,getir,duka dan lara kat Kolej Tun Dr Ismail dulu kita berjaya menghadapinya dengan jaya..suka,riang,ria dan ceria toksah cakapla..sangat amat banyak okey..hehe..semua tu takkan cayam lupa..dan cayam jugak mau mintak ampun dan maaf dari hujung rambut sampai ujung kaki untuk setiap kata dan setiap perbuatan cayam yang bisa buat laling terasa hati..sesungguhnya cayam tak sengaja..sobsob..

akhir kata..

CAYAM SUNGGUH2 SAYANG LALING..SELAMANYA.. =)






p/s : Quarter part of Ayam Kenny Rogers ngan segelas coke ya,nanti takut mengkelan..hehe..