Monday, May 18, 2009

jari kaki~

salam sejahtera semua..

aku baru balik dari kampung semalam.kampung aku di kangar,perlis.perjalanan mengambil masa hanya 1 jam 30 minit.aku rasa kalau naik kenderaan biasa ianya mengambil masa 2 jam 15 minit,tetapi oleh kerana aku menaiki kenari yang dipandu bapaku,aku terasa seperti naik jet saja.(macamla aku penah naik jet sebelum ini..)

hurm..sesampai sahaja di pekan kangar kami ke rumah Tok Miah dulu.Tok Miah ialah ibu kepada bapaku.Setelah meluangkan masa selama beberapa jam, selain menjamu selera nasik lemak yang enak lagi lazat dimasak oleh Tok Miah kami mengundurkan diri untuk ke rumah Tok Embun.Tok Embun pula ialah ibu kepada ibuku.

Setelah kami selesai makan malam yang semangnya dan pasti lazat lagi enak,aku,Tok Embun dan Kak Long(sepupuku) baring dan bersantai di depan tv.(macam mana la tak tembun,lepas makan terus baring..haih).sedang aku leka menonton tv cerita Ghost season 2, tok bersuara..

"jari kaki kak ngah (akula tu) sama ja no"

aku dengan tak semena2 terus melihat jari-jemari kaki ku.apa maksud tok jari kaki yang sama?kemudian aku membuat perbandingan dengan jari kaki kak long dan tok dengan jari kaki aku.

"ha'ah la..beza sungguh dengan jari kaki tok ngan kaklong..jari yang tu (seblah ibu jari kaki) lagi panjang dari ibu jari kaki..awat tok?ada maksud apa2 ka?" aku bertanya.

"orang tua2 kata kalau jari tu panjang dari ibu jari kaki,bapak mati dulu..(sungguh kasar bunyinya ya)..cuba tengok tok dengan kak long,kami dua2 bapak mati dulu.."

aku tunduk terfikir.dalam hati terdetik.ha'ah la.memang Nyang Lah(bapa Tok Embun) ngan Angah(bapa Kak Long) lebih dulu menemui ajal berbanding isteri masing2.sebelum ni pun aku ada gak terdengar mitos ni.cumanya aku buat2 tak dengar.tapi tak tau la kenapa,malam tu apa yang tok cakap terus terngiang2 dalam kepala aku.

aku mula duduk tak senang.korang penah rasa tak.bila korang rasa korang macam tau apa akan jadi pada masa hadapan bila tengok petanda2 macam ni.nak2 pasal kematian nih.buat aku rasa resah semacam.aku mula rasa tak tenang.

tiba2 aku terfikir.papa pun kehilangan Wan Zain (bapanya).lantas aku bangun dengan cepatnya meluru ke arah papa dan tanpa waswas terus selak sikit kain pelikat papa yang tengah kusyuk duduk bersilang kaki sambil membaca surat khabar dan melihat terus jari kaki papa tanpa mengelip mata.

hurmmmmm..jari kaki papa pun teratur ja..tak panjang dari ibu jari kaki pun..hati ku lantas kembali riang dan tenang..senyuman terukir kembali di wajahku..





p/s 1 : manusia tidak akan tahu dan tidak dapat meramal masa hadapan.hanya Allah SWT yang Maha Berkuasa..

p/s 2 : ada satu lagi mitos yang aku dengar tentang tahi lalat di bahu..iskk..sungguh gerun pabila memikirkannya since aku pun ada tahi lalat di bahu..huhu..

4 comments:

  1. asal mitos saye dengar len??err, kalo jari kaki sblah ibu jari tu lagi pnjg...dari ibu jari kaki.if perempuan la..means, prempuan tu queen control. hoho..~ kengkawan pon ade ckp perkare yg same..tp blom pernah dgr mitos sbgini..mgkin mitos dari Perlis barangkali..hmm~

    ReplyDelete
  2. hurmmm..mungkin jugak..
    kak fairuz pon penah gak dengar mitos pasal queen control nih..kiranya kak fairuz tak queen control la kot..haha..

    ReplyDelete
  3. huuuu yammmmmm...
    yang bahu tuhhh, ling pon ade gak tauuu..
    isk...almost dah hari tu hahahaha

    ReplyDelete
  4. nak tau gak mkne kat bahu tu???? plezzz....huhuuhuhu

    ReplyDelete