Thursday, May 14, 2009

ha'ah kan~

salam sejahtera semua..

setelah aku membelek belek entry posts yang aku penah buat dalam blog ini kan, aku baru terperasan yang aku banyak buat entry tergantung kan?sebagai contoh cerita aku pergi jumpa client nak mengajar bahasa melayu kat rumah dia tu.aku tak update pun kesinambungan ceritanya.lagi satu kisah aku mencanang dengan rianya nak balik ke kampung halaman.itu pun aku tak ceritakan kan?gila pemalas aku nih.hehe.

aku bukannya apa.kalau menulis tanpa ada idea memang sangat membosankan la entry blog aku nanti (macamla sebelum ni tak membosan kan?).sebenarnya aku ada idea untuk menaip,tapi kadang2 tu masa tak mengizinkan.maklumlah aku ni cukup susah dan tak tertib dalam menyusun masa aku.macam mana la aku nak mula mengatur masa aku dengan setertib yang mungkin pun aku tak tau.kadang2 bila kita dah terbiasa dengan sesuatu habit/tabiat(pilih yang mana senang sebut) tu kan,memang sangat payah untuk kita mengubahnya.aku pernah terdengar dan terbaca satu artikel yang mengatakan seseorang itu hanya dapat membina satu habit/tabiat yang baru sekiranya individu tersebut membiasakan diri dengan habit/tabiat yang baru itu selama 2-3 minggu tanpa ada lompatan (skip la maksudku).

haa..setengah bulan kita nak biasakan diri dengan benda2 baru.ingat senang ka nak capai.sebab tu la kita selalu dengar penagih dadah susah nak buang habit/tabiat mereka tu.kalau tak kuat iman memang kembali semula la ke pangkuan dadah durjana tu.jadi,sebagai langkah paling baik,jangan sesekali mendekatkan diri dengan penyalahgunaan dadah.(aisey..macam iklan kat radio plak)

anyway..aku selalu jugakla ingatkan diri aku..supaya mengubah habit/tabiat yang tak sepatutnya diamalkan.tapi,tu la.senang untuk bercakap dari melaksanakan.aku kena selalu, selalu dan selalu mengingatkan diri.iman aku tak seteguh mana.harapan aku menggunung untuk membuat yang terbaik dalam mencapai kebahagiaan aku sendiri.




p/s : entry kali ini agak skema pulak aku rasa..

6 comments:

  1. haha~ mmg agak skemapun..
    tp kan, pas baca entry ko, br sy prsn, sypun mcm tu gak.. lain yg nak cite, lain yg tubik a.k.a kuar..
    at last bila baca post sdiri, ketawa sorg2.. haha~

    ReplyDelete
  2. cepat cover balik entry tergantung tue...

    ReplyDelete
  3. 2-3 minggu? lame tu..yg saye bce 7 hari jeh..
    xpe2..buley cube buat experimen d ctu~ =)

    ReplyDelete
  4. to chan2:
    ha'ah kan..bila baca2 balik tu la baru perasan silap ejaan la,lupa nak space la,lupa nak koma la..tgk2 ayat dh tumggamg tebalik..camnala kita tak gelak bila baca blog sendiri kan..hehe..

    ReplyDelete
  5. to framestone:
    bro,sy pon dah terlupa apa yang terjadi..sy ni pelupa orangnya..hehe~

    ReplyDelete
  6. to pelangi:
    kak fairuz dah try untuk seminggu..tapi hampeh je..nampak gaya,kalo kak fairuz nak berubah kena genapkan sbulan kot..huhu~

    ReplyDelete