Sunday, August 2, 2009

high~

Aku ketika ini menaip di bawah pengaruh dadah..aku tengah high..macam ni kot gamaknya perasaan tengah high..laloq dan khayal..bayangkan nak pejamkan mata untuk tido pon aku rasa macam berkhayal..high..ntah..tak boleh nak describe dengan kata2..

kenapa di bawah pengaruh dadah?sebabnya aku baru ja lepas kena suntik di lengan akibat elergiku datang kembali..pegi Pusat Kesihatan Universiti dengan anne tadi,terus ke bahagian kecemasan..duduk2,kena check blood pressure dan body temperature oleh sorang Medical Assisstant,lelaki okeh..seronok kau raba2 lengan aku yeh..pastu siap kena perli2 lagi katanya kenapa tak datang pagi2 time maghrib ni baru tehegeh2 nak datang, Doktor tengah rehat..ehh,dia tanya kenapa tak datang pagi2 ja,tapi aku yang exaggerate lebih sebab cara dia tanya aku seolah2 itu yang dia cuba nak sampaikan..huhh~

kenapa elergi?aku pun takda jawapan untuk itu..awal pagi tadi dalam pukul 2-3 pagi aku dah start gatal2 satu badan..garu punya garu saling tak tumpah seperti kelakuan ungka yang kegatalan,tetiba naik la plak benjol2 gatal 1 badan..alaa,benjol cam kena gigit nyamuk tu tapi kau gandakan 4 kali lagi saiznya..1 badan okeh..termasukla mukaku yang menawan ini (okeh,makin teruk aku rasa khayalan lepas kena suntik ni)..kemudian aku buat tidak tahu saja, just sleep like a baby..bangun2 pagi aku tengok Alhamdulillah dah ok..akan tetapi bila petang menjelma gatal2 itu datang kembali..rujuk pada anne,yang datang ke bilik sambil membawa sebungkus plastik kecil garam kononnya nak di buat ubat sapu ke badan, diputuskan pergi ke Pusat Kesihatan Universiti saja sebab dah makin teruk..sampai di Pusat Kesihatan Universiti,nahhhh satu shot untuk aku~


p/s : rasa high ni sungguh pelik..

Wednesday, July 29, 2009

Nekad~

Aku sudah nekad..

aku nak berehat buat sementara waktu ini..

aku mau mencari ketenangan..

Kemungkinan besarnya akan jarangla aku nak post entry baru nanti..

tapi andai aku rajin aku akan cuba usahakan untuk post entry ya~

will miss u all~



p/s : aku akan pulang ke rumah, tidak lagi menetap di menara gading ini..aku mahu berehat seketika..memberi peluang pada diri melakukan sesuatu yang dapat memberi kepuasan pada diri~

Sunday, July 26, 2009

kemahuan~

Aku inginkan kamera yang best punya megapixel..dan aku inginkan henpon..tak2..aku inginkan henpon yang ada kamera yang ada best punya megapixel...tapi aku takda duit..kalau la aku buleh gadaikan bebulu yang ada kat badan aku nih dan ada nilai komersial kat pasaran dah laaaamaaaaa aku buat..huuwwaaaaaaaaa~

kalao aku ada kamera kan takdela aku biarkan blog aku kosong ja camnih..selalu punyalah aku update gamba terbaru..dan sebabnya aku nak bli henpon tu kan kerana setiap kali nak cakap ja mesti kena pasang tali pusat dulu (earphone lah tu)..rimasss tau tak..nak kemana ja mesti kena usung skali tali pusat..last2 aku lekatkan terus kat henpon tu..hambekk kau!!

oleh sebab itu la aku nak bli henpon yang ada kamera yang ada best punya megapixel..sapa2 yang sudi menaja aku dialu2kan..nanti aku belanja COCOPIE sekotak besar eh..hehe~

Saturday, July 25, 2009

Ada apa dengan Nurul Fairuz Hidayah Part 2

ouu yeaahh..kita kembali lagi dalam edisi kedua ada apa dengan Nurul Fairuz Hidayah nih..kali nih aku dah kencing siap2 so takda la Part 3 yang bakal menyusul..hikhik..okeh,kita teruskan carta kita :

14) Aku nih sangat amat suka akan lautan yang indah terbentang di depan mata..kejernihan dan kecantikan pemandangan laut mampu membuat aku lupa segala masalah yang terbeban dalam pala hotak ku..masa kecik2 dulu aku suka sangat dengan mermaid(besar2 ni pon)..selalu gak berangan nak jadi mermaid yang pandai berenang tu..so,sejak dari umur 4 tahun aku dah mula belajar berenang..sendiri2 okeh..takdenye suruh profesional trainer ajar,cuma suruh paksu aku ajar berenang kat sungai yang dalam dekat 2 meter tu pakai pelampung tayar..haha..rindunya saat itu..

15) Aku nih kan lemah sikit la bab2 mengingat tarikh dan haribulan..kau bagitau la kat aku 16 kali pon ari ni berapa aribulan aku tetap akan tanya lagi ari ni berapa aribulan buat kesekian kalinya..dan disebabkan itu juga aku tak berapa nak ingat besday kawan2 aku..kau rapat la serapat mana dengan aku pun, aku tetap tak berapa nak ingat besday korang..even,sahabat2 pussycub dolls yang aku sangat sayang dan chenta tu pun aku tak berapa nak ingat exactly besday dorang..owhhh,kejamnya hakuuu..tapi bukan salah aku,aku memang lemah la bab nak ingat tarikh dan haribulan nih..nak buat camno?mintak ampun mintak mahap laa..huhu..

16) Aku sangat suka bau perfume, sabun, n segala wangian yang melekat kat orang yang lalu lalang dekat aku..aku akan hidu sedalam2nya pastu aku akan main teka2 dalam otak wangian nih jenis apa..tak pon aku akan cuba ingatkan sapa lagi yang ada bau camtu..dan bila dah dapat teka tu rasa puas hati sangatttt..sebab sesi menguji minda telah lulus..hehe..

17) Haa..yang ni perangai pelik sikit..seblum apa2 ingin aku nyatakan bahawa aku seorang gadis yang masih mempunyai perasaan terhadap lelaki ya..bukan apa..sebenarnya kan aku suuukkaaaaa tengok perempuan..nak2 yang cantik pada mata aku..aku akan kata "perghhh,cantiknya pompuan nih!!"..okehh..aku kompemkan lagik sekali,aku memang masih ada perasaan terhadap jantina berlainan ya..aku suka tengok ja,bukannya ada perasaan cinta pon..rilek aa..hee~

18) Habit aku kan kalo nak picit ubat gigi mesti dari bawah..bukan main suka hati picit ja..tiap2 kali guna mesti macam tu..then,bila dah makin sikit tu aku gulung la bawah tiub tu..supaya,ubat gigi akan digunakan sehingga titisan terakhir..haaaa,kan relevan habit aku nih..

19) Haaaa..lagi satu aku nih sukkaaaa sangat tidur..tidur ialah habit aku..tapi kalau korang bagi kerja dekat aku, aku akan habiskan kerja tu dan buat yang terbaik mungkin tanpa ragu2..sampai tak tidur pon takpa..tapi aku nih memang kuat tidur la kalau ada waktu terluang..nak buang habit nih..tapi tak bleh aa..susah..korang ada cara tak camna nak buang habit suka tidur nih?sila tunjuk ajarkan aku.. =)

20) Apa lagi eh?hurmmmm..aku ni kan..suka makan..aku suka cuba makanan kat pelbagai tempat..dan pelbagai jenis menu..aku ni suka makan tapi dalam masa yang sama conscious pasal berat badan..haa,camno tu?ingat senang ka nak maintain berat badan kalo nafsu makan tu lagi berat dari berat badan sendiri?nak2 plak aku nih malasnya nak bersenam Ya Rabbi..liat sungguh..pastu mula la panik kalo berat badan naik..pastu emo ja memanjang selagi berat tak turun..dengan harapan kalo buat camtu berat bleh turun la..chait~tak bleh blah punya perangai..haihhhh~



okehhh..dah selesai tag ini..dengan ini aku menggunakan segala kuasa veto yang ada pada aku untuk memaksa sesiapa sahaja yang terbaca entry aku yang bingung dan bengong ini untuk membuat tag ini..hahahaha..2o list ye kawan2 sekalian..jangan lupaaaaaaa~kalo dah agak2 takda idea cam aku aritu,korang cakap la korang nak tekencing ke,teberak ke..pastu buat la part by part..macam aku buat nih..ahaha..

Monday, July 20, 2009

kalah merebut perhatian~

Alkisahnya~

Gadis H telah kalah untuk menawan hati seorang lelaki ni..beliau kalah di tangan Gadis L..Gadis H ni cam sedih la kan..dulu Gadis H ni rapat la dengan jejaka ni..tapi tak tau la kenapa dua tiga menjak ni kan hubungan mereka dah tak serancak dulu..dah la Gadis H ni tak berapa nak ado kawan lelaki..selalunya rajin jugakla Gadis H ni bercontact2 dengan jejaka ni tapi sekarang dah kurang..tak tau la kat mana silapnya..mungkin jejaka ni dah bosan kot asyik nak kena layan Gadis H nih..so sekarang dia rapat plak dengan Gadis L..sebenarnya Gadis L ni dah lama kawan dengan jejaka ni..dan sebenarnya lagik,jejaka ni mengenali Gadis L dulu..maksudnya dorang ni rapat dulu la sebelum Gadis H ni rapat dengan jejaka nih..

Haa..tapikan padan muka Gadis H ni..dulu rapat dengan jejaka ni tak hengat punya..rapat sungguh..maybe macam ni lah Gadis L tu rasa dulu masa Gadis H rapat dengan jejaka ni kan..macam ada riak2 cemburu..hah,sekarang what goes around comes around la bebeh..rasakan~

Thursday, July 16, 2009

Ada apa dengan Nurul Fairuz Hidayah

yea..ari ni kita buat tag ye..yang aku cebok dari blog sapa pon aku dah tak ingat..hehe..

tag kali ni adalah pasal penceritaan kisah benar tentang siapa sebenarnya Nurul Fairuz Hidayah..nak crita tentang diri sendiri pasal isu apa pon boleh asalkan berkaitan diri anda..tabiat buruk ke,perangai ke,habit ke..apa2 je lah..dalam tag ni nak 20 benda..tapi aku rasa tak semua kot aku isi..hikhik..so, mari kita menjawab tag..weeeeeee~

1) aku ni sorang ja pompuan antara adik beradik aku ni..dah tau gitu harusla aku ni manja kan..tapi memang la, aku tak nafikan tu..tapi aku rasa manja aku ni takdala sampai nampak aku tergedik2 kan..manja suam2 kuku gitu..(aku rasa la..orang lain rasa aku tak tau..hehe)

2) aku ni memang sangat minat melancong..berjalan2 la..aku paling suka keja outstation..keja fieldwork time aku blaja degree dulu pon aku enjoy..best2.. =)

3) aku paling pantang kalo ternampak orang memandu kenderaan tak bagi signal dulu sebelum membelok..sangat pantang ok..kalo aku nampak kompem2 aku membebel..(macamla orang yang buat kesalahan tu dengar kan?)

4) aku paling tak suka kalau nampak orang meludah kat jalan tempat orang dok lalu lalang..agak2 la kalo nak meludah tu kan..carila port yang sepatutnya..kau kulum kejap dalam mulut kau tu,sampai kau jumpa longkang ke singki ke kau ludah la..geli tau bila nampak lendir putih berbuih2 atas jalan..loya tekak aku..uwwweeeekkkk~

5) aku memang menghargai seni..seni apa2 pon takpa..seni lukis, seni tari, seni puisi waima seni mempertahankan diri sekalipon aku minat..tapi apakan daya aku sendiri tak berseni pun..sebab tu kot aku sangat2 menguja bakat kesenian orang lain.

6) aku ni memang suka membebel..okeh,sifat ni kau akan dengar andai kata kau memang sangat amat rapat dengan aku..dan kalau orang yang tak rapat dengan aku pastu aku bagitau aku ni suka membebel,mati2 orang tu takkan percaya..dengan orang luar aku ni pendiam sikit..hehe

7) aku ni jenis yang cepat melenting sebenarnya..cuma tak ramai yang perasan kot..cepat melenting tu plak mengarah aku ke sikap defensive yang sangat tinggi..haa,perangai ni memang aku sangat la tak bekenan..degil tak bleh terima diri sendiri dah buat salah..tapi selalunya perangai ni lagi ketara kalau aku dengan mama,papa,abang ngan adik aku..menyampah ok perangai aku camni..huhu

8) aku paling tak suka kalau sidai baju tak terbalikkan dulu baju2 tu..aku buleh gatal mata tengok baju sendiri tak tebalik..maksud aku yang luar ke dalam,yang jahitan dalam ke luar..terbalik la tu kan..so untuk memastikannya time nak rendam baju tu aku alih baju siap2..

9) aku sangat suka bershopping kasut,handbag dan baju..ehhh,aku rasa suma pompuan macam tu kan?tapi yang pastinya perangai ni memang aku dapat dari mama la..mama memang ada sangat banyak koleksi kasut,handbag dan baju ok..

10) aku ni suka masak..tapi aku tak suka masak untuk orang lain..aku suka masak untuk santapan sendiri sahaja..then aku akan decorate masakan aku tu macam dekat hotel 5 bintang..kemudian memuji diri sendiri ada bakat memasak..tak bleh blah betul la..yelah,kan aku nih tak suka orang dok mengomen atau tegur aku..defensive lah katakan..haha~

11) aku suka beli pakaian dalam yang bermacam2 warna..nak2 warna terang..sedap ja aku tengok..okeh,jantan2 semua jangan dok berimagine dan berfantasi kat sini plak ye~

12) kalo korang nak tau..aku nih memang sangat suka berdialog dengan diri sendiri..kadang2 tu sampai nampak macam aku tengah bercakap dengan orang lain..memang habit ni dari kecik lagi..tekanan perasaan gamaknya aku nih..huhu..

13) sekarang ni aku tengah pakai braces..gatal nak pakai..tapi memang aku ada masalah gigi pon..cuma tak ketara ja..aku dulu suka isap ibu jari..konon macam anak mat saleh la kan..asik nyot2 ibu jari sampai la gigi depan aku tu jarang..pastu bila dah tua2 ni baru galak nak pakai braces..kat private orthodontic plak tu..tapi takpa,mama yang nak support duit kan..aku on ja~haha

hurmm..aku nih nak tekencing sbenarnya..dok tekepit2..aku publish yang ni dulu ye..lagi 7 benda tu aku sambung la lain kali di masa akan datang bila aku tringat ada apa dengan aku nih..

Wednesday, July 15, 2009

bengong~

Okeh..ready semua..aku nak mengamuk~

Ek eleyyy..kalo kau setakat nak SMS tanya aku “ada kat Sungai Petani ke tak”, then aku jawab “tak” dan kendian kau diam tak cakap apa2, baik kau tak yah SMS aku..

Haihh..bengong tul la~

Aku bukannya apa..cubalah bermanis sikit bila kau nak SMS aku tu..dah aku jawab “tak” tu kan, apa kata kau cerita la sikit sebab apa kau tanya aku macam tu..kau nak belanja aku makan ke kalau aku ada kat Sungai Petani..nak blikan aku kasut ke..nak blikan aku baju ke..ye lah,maksudnya bermanis2 sikit bila SMS aku,walaopon hakikatnya kau memang tak kan belanja aku satu hapa pon kan..beramah mesra la sikit..

Ehhh..hanginnnnya haku…

p/s : asal kau SMS aku ja mesti aku bengang..asal kau SMS aku ja mesti aku hangin..oleh itu, kau tak yah la SMS aku lagik okeh..

p/s 2 : terima kasih..aku dah selesai mengamuk..

p/s 3 : ehh..kawan2 yang tak berkaitan entry ni, jangan plak tak SMS aku dah..kang aku kesunyian..huwaaaa~