Thursday, October 15, 2009

funfair yang unfair~

Alkisahnya..

smalam aku berdating dengan anak pakcik othman.kononnya mau pergi berjoli di funfair dekat taman ria.hati dah excited nih.janjinya lepas maghrib.then pukul 8 lebih paparadzi hantar aku ke rumah beliau.

dalam pukul 8.30 mlm tu kami pun memulakan perjalanan..asyik bersembang sedar2 dah sampai kat area taman ria..dah nampak dah lampu lip lap lip lap ceria funfair tu rasa excited datang menjelma dengan rakusnya.tengok suasana sekeliling rasa macam nak naik semua permainan.

sampai depan pintu utama..dah kena bayar 3 ringggit..hoh,nak melangkah masuk dalam funfair tu pon kena charge rm3 yeh..cekik darah betul..tu tak termasuk tukar token lagik..satu token harganya rm2..kebanyakan permainan kena guna 2-3 token..gila mahal..harga sebuah ride yang kononnya menyeronokkan berharga rm4-rm6..mahal tu..lepas kalau buat bayar lunch dekat McD..haihh..

setelah berpakat dengan beliau,kami sebulat suara untuk membeli token berharga rm20 satu kepala..ece,kata excited nak tunggang semua permainan kan..sebab tu beli banyak..hehe..

mula2 tu terfikir jugak, nak main permainan yang mana dulu..pastu si dia mencadangkan satu permainan ni yang nama apa ntah aku pon dah terlupa..tengok pada gaya permainan tu..ya Allah,sungguh dahsyat pusingannya..buleh tercabut usus panjang aku nih, tak pun bleh terkeluar diafragma perut aku nih..betapa dahsyatnya first impression aku dengan permainan ni..itu baru first impression..tapi,aku tetap rasa nak cuba naik..maka, aku pun naik la..bersama dia di sisi..ewwahh..

kami tunggu agak lama jugakla nak menanti seat semua penuh baru benda alah ni berjalan..aku dh terkumat kamit membaca doa yang mana patut..tangan pon dah sejuk ni..sambil muka yang excited plus takut..sebelum tu sempat lagi memuji remaja pompuan depan aku tu.."awak,cantik kan girl tu.."bahaha..sempat lagi tu..nak hilangkan nervous gamaknya..dan,tunggangan pun bermula....

"AAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
AAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaa..AAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
AAAAAAAAAAAAAAAAA..AAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh"
kataku sekuat hati..dalam hati "YA ALLAH,YA TUHAN..CEPATLA BRENTI MENATANG NIH!!!"..haha,memang persis first impression aku..sememangnya buleh tercabut usus panjang aku nih dan memang buleh terkeluar diafragma perut aku nih..paling dahsyat amat sangat!!

kemudian benda alah tu pun berhenti..sedar2 basah ja pipi aku..bila masa plak la air mata terkeluar ni?mungkin sebab ride yang sangat amat bergelora tu sampai air mata pon terkeluar dengan sendirinya..bahaha..punya tak mau ngaku menangis tu..

turun ja dari seat tu terus aku serbu tangan anak pakcik othman..jalan pun dah melelong..kepala pon rasa macam tak duduk kat tempatnya dah..bukan stakat kepala,aku rasa segala isi perut dan organ dalaman dah berterabur dalam badan nih..aku tengok orang lain relaks ja..siap tangkap gambar lepas turun benda tu..yang aku nih, nak berjalan pun kena pimpin..haha..aku tengok anak pakcik othman, steady ja..tapi nampak gak unsur2 kepeningan di wajah dan cara jalannya..bahaha..aku pun terus berkata "awak,jom duduk tepi tu dulu..bagi semua organ dalaman dok kat tempat dia balik.."..maka,duduklah kami di atas tangga di bucu2 funfair itu..

seriusnya, aku memang sangat pening tika itu..rasa nak termuntah pon ada..anak pakcik othman dah okeh dah tapi aku yang tak okeh2..token banyak lagi nih?apa nak buat?yang aku ni dah memang sangat tak larat nak berjalan..lemah longlai dah nih..dengan keberanian, anak pakcik othman gagahkan dirinya yang memang tengah pening2 lalat tu pergi jual balik token tersebut..tapi bukan dekat kaunter ya, dekat orang yang beratur kat kaunter tu..bahahaha..macam ulat tiket dah gayanya..tapi tak apa,yang penting tak balik dengan kerugian..haha~

kemudiannya,aku yang dah tak larat ni menonong jalan ke keta..yang aku tau nak rest ja dalam keta..aku dah rasa sangat nak muntah dah ni..mualnya rasa..sampai2 kat pintu keta..

"uwwweeeekkkkkk"..termuntahlah aku di situ..dua kali plak tu..bahaha..haa,bila dah muntah tu rasa elok la sikit..kesian kat anak pak cik othman,terkesima tengok aku muntah tepi tu..

hah,apa lagi..selepas itu terus dia hantar aku pulang..tapi sebelum tu sempat lagi dia pusing kat funfair tu sebab nak tangkap gambar nak letak kat blog..bahaha..

itulah dating paling tak kena gaya sepanjang sejarah aku berdating dengan dia..bahaha..kesian kat dia sebab dalam pening2 tu sanggup lagi p menjual token balik, membeli air 100 plus untuk hilangkan pening dan juga memandu aku pulang..

"owhhh, mintak maaf banyak2 la awak..sebab dah susahkan awak..huhu..lain kali kita dating lagi, jangan dok p tempat2 lagu tu dah na, kita p melepak kat oldtown ka, window soping dan soping ka, tak pun kat umah awak ja lah..huhu"


p/s : terima kasih awak..saya sayang awak lah anak pakcik othman..chupchup~

Sunday, October 11, 2009

telefon bimbit

aku dah beli telefon bimbit yang baru..yayy!!

sekian, terima kasih~


p/s : bekurang gaji aku..huhu~

Thursday, October 8, 2009

heartbreak~

hatiku terluka...

sangat sakit...

pedihnya...

harapan ku musnah hanya dengan balasan sms itu...

segala2nya hanya tinggal harapan yang sia2...

Saturday, September 19, 2009

ucapan aidilfitri~

terasa nak membuat ucapan plak ketika ini..hehe

saya, NURUL FAIRUZ HIDAYAH ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang melawati blog saya yang selalu bersawang lagi membosankan ini..

mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampaila hujung kaki andai kata selama saya menerbitkan satiap cerita di blog ini yang bisa meruntun dan menyakitkan hati sesiapa..sesungguhnya jika ada berlaku demikian saya sememangnya tidak sengaja..mohon maaf sekali lagi..

owhh ya..beraya, beraya jugak..kesihatan harus di jaga..jangan dok melantak tak ingat dunia macam hari raya sehari tu ja ada..lagi satu jangan lupa penularan virus H1N1 masih berleluasa..jaga kebersihan diri, selalu basuh dan sabun tangan anda..kalau agak2 ada simptom demam, selsema dan batuk tu dok ja diam2 kat umah..jangan dok merayau..bersama2 lah membantu menghentikan penularan wabak ini..eceh,macam iklan tv pulak..hehe..

kepada yang memandu kenderaan plak, pandulah kenderaan anda dengan cermat dan berhemat..sentiasa ingat orang yang tersayang supaya anda selamat tiba di tempat yang dituju..

akhir sekali jaga diri baik2 =)



p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Friday, September 18, 2009

pengakuan ekslusif

ok..aku terasa seperti mau buat pengakuan ketika ini...

seriously la kan..aku sebenarnya..terus terang la kan..sebenarnya aku ni tak berapa suka budak2..haha..itu dia pengakuan ekslusif aku..



seriously,kanak2 bukan objek obses aku..kalo setakat nak main pipi,cubit2 manja, dukung 5 minit tu boleh la..aku sanggup buat lagi la..tapi kalo nak suro babysit,harus aku gelabah..panas bontot ja sepanjang masa..tak tentu arah..haha..



tapikan,terpulang jugak kat tahap kenakalan budak tu macam mana..kalo kanak2 yang senang jaga,tak banyak songeh, dengar cakap aku..haaa,yang tu aku tak kesah kalo nak kena jaga sepanjang ari pon..haha..ada ka budak2 obedient skarang nih?yg aku dok jumpa kanak2 hyperactive ja..seriau aku tengok..bukan apa,kalau tak kena gaya, risau gak aku apa2kan budak tu..haha..



owh,aku tau mesti mereka2 yang terbaca blog ni mengata aku..ye lah, apa punya pompuan la tak suka budak2..nanti nak jaga anak macam mana?haaa..aku pon terpikir macam tu gak..nanti nak jaga anak macam mana aa??aku rasa aku ni terdorong nak jadi ibu yang garang..haha..kesian anak2 aku nanti..


p/s : oleh itu, terpaksalah aku mencari calon suami yang suka pada budak2..barulah stabil rumahtangga..ada sesiapa yang memenuhi kriteria ini??dialu2kan..huahua..

Thursday, September 17, 2009

jejaka yang ku kagumi itu~

ke hadapan jejaka yang aku kagumi itu...

kau selalu membuat aku tersenyum...

kau mampu buat aku resah andai tidak bertemu...

kau tegar untuk hilang dari pandanganku...

kau sungguh sukar aku lupakan...

wajahmu akan sentiasa terpahat di sanubari...

moga kita kan bertemu lagi suatu hari nanti...

sungguh2 aku berharap kita akan bertemu lagi...

selamat tinggal jejaka yang ku kagumi itu~

Tuesday, September 8, 2009

kejadian di bazar ramadhan~

sedang aku leka memantau lauk pauk yang di gemari nak buat bukak posa tu, tetiba seorang hamba Allah ni menegur aku..

"eh..adik ni DARJAH brapa?"

aku dengan muka slenga dan agak pelik dengan soklan tu bertanya kembali kat insan itu..

"apa bang?DARJAH brapa?"

abang tu cakap..

"ye lah..adik ni darjah brapa?"

aku jawab..

"saya dah abes skolah menengah la bang.."

boleh abang tu kata apa?

"laa,ya ka..abang ingat adik DARJAH 6.."

hohh..apekahhh??!!aku tak pasti nak respon macam mana kat abang tu..aku pun blah camtu ja sambil sengih2 kambing..tak teringin plak aku nak truskan membeli lauk kat abang tu..haihhh~




p/s : DARJAH 6? itu umur aku 11 tahun yang dulu okeh..awet muda sangatkah aku ni..aku tau la aku ni tak berapa nak tinggi kan..atau adakah kerana aku pakai baju KIKO adik aku masa tu...hurmmm..mungkin sebab tu kotttt...