Sunday, October 11, 2009

telefon bimbit

aku dah beli telefon bimbit yang baru..yayy!!

sekian, terima kasih~


p/s : bekurang gaji aku..huhu~

Thursday, October 8, 2009

heartbreak~

hatiku terluka...

sangat sakit...

pedihnya...

harapan ku musnah hanya dengan balasan sms itu...

segala2nya hanya tinggal harapan yang sia2...

Saturday, September 19, 2009

ucapan aidilfitri~

terasa nak membuat ucapan plak ketika ini..hehe

saya, NURUL FAIRUZ HIDAYAH ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang melawati blog saya yang selalu bersawang lagi membosankan ini..

mohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampaila hujung kaki andai kata selama saya menerbitkan satiap cerita di blog ini yang bisa meruntun dan menyakitkan hati sesiapa..sesungguhnya jika ada berlaku demikian saya sememangnya tidak sengaja..mohon maaf sekali lagi..

owhh ya..beraya, beraya jugak..kesihatan harus di jaga..jangan dok melantak tak ingat dunia macam hari raya sehari tu ja ada..lagi satu jangan lupa penularan virus H1N1 masih berleluasa..jaga kebersihan diri, selalu basuh dan sabun tangan anda..kalau agak2 ada simptom demam, selsema dan batuk tu dok ja diam2 kat umah..jangan dok merayau..bersama2 lah membantu menghentikan penularan wabak ini..eceh,macam iklan tv pulak..hehe..

kepada yang memandu kenderaan plak, pandulah kenderaan anda dengan cermat dan berhemat..sentiasa ingat orang yang tersayang supaya anda selamat tiba di tempat yang dituju..

akhir sekali jaga diri baik2 =)



p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Friday, September 18, 2009

pengakuan ekslusif

ok..aku terasa seperti mau buat pengakuan ketika ini...

seriously la kan..aku sebenarnya..terus terang la kan..sebenarnya aku ni tak berapa suka budak2..haha..itu dia pengakuan ekslusif aku..



seriously,kanak2 bukan objek obses aku..kalo setakat nak main pipi,cubit2 manja, dukung 5 minit tu boleh la..aku sanggup buat lagi la..tapi kalo nak suro babysit,harus aku gelabah..panas bontot ja sepanjang masa..tak tentu arah..haha..



tapikan,terpulang jugak kat tahap kenakalan budak tu macam mana..kalo kanak2 yang senang jaga,tak banyak songeh, dengar cakap aku..haaa,yang tu aku tak kesah kalo nak kena jaga sepanjang ari pon..haha..ada ka budak2 obedient skarang nih?yg aku dok jumpa kanak2 hyperactive ja..seriau aku tengok..bukan apa,kalau tak kena gaya, risau gak aku apa2kan budak tu..haha..



owh,aku tau mesti mereka2 yang terbaca blog ni mengata aku..ye lah, apa punya pompuan la tak suka budak2..nanti nak jaga anak macam mana?haaa..aku pon terpikir macam tu gak..nanti nak jaga anak macam mana aa??aku rasa aku ni terdorong nak jadi ibu yang garang..haha..kesian anak2 aku nanti..


p/s : oleh itu, terpaksalah aku mencari calon suami yang suka pada budak2..barulah stabil rumahtangga..ada sesiapa yang memenuhi kriteria ini??dialu2kan..huahua..

Thursday, September 17, 2009

jejaka yang ku kagumi itu~

ke hadapan jejaka yang aku kagumi itu...

kau selalu membuat aku tersenyum...

kau mampu buat aku resah andai tidak bertemu...

kau tegar untuk hilang dari pandanganku...

kau sungguh sukar aku lupakan...

wajahmu akan sentiasa terpahat di sanubari...

moga kita kan bertemu lagi suatu hari nanti...

sungguh2 aku berharap kita akan bertemu lagi...

selamat tinggal jejaka yang ku kagumi itu~

Tuesday, September 8, 2009

kejadian di bazar ramadhan~

sedang aku leka memantau lauk pauk yang di gemari nak buat bukak posa tu, tetiba seorang hamba Allah ni menegur aku..

"eh..adik ni DARJAH brapa?"

aku dengan muka slenga dan agak pelik dengan soklan tu bertanya kembali kat insan itu..

"apa bang?DARJAH brapa?"

abang tu cakap..

"ye lah..adik ni darjah brapa?"

aku jawab..

"saya dah abes skolah menengah la bang.."

boleh abang tu kata apa?

"laa,ya ka..abang ingat adik DARJAH 6.."

hohh..apekahhh??!!aku tak pasti nak respon macam mana kat abang tu..aku pun blah camtu ja sambil sengih2 kambing..tak teringin plak aku nak truskan membeli lauk kat abang tu..haihhh~




p/s : DARJAH 6? itu umur aku 11 tahun yang dulu okeh..awet muda sangatkah aku ni..aku tau la aku ni tak berapa nak tinggi kan..atau adakah kerana aku pakai baju KIKO adik aku masa tu...hurmmm..mungkin sebab tu kotttt...

Sunday, August 2, 2009

high~

Aku ketika ini menaip di bawah pengaruh dadah..aku tengah high..macam ni kot gamaknya perasaan tengah high..laloq dan khayal..bayangkan nak pejamkan mata untuk tido pon aku rasa macam berkhayal..high..ntah..tak boleh nak describe dengan kata2..

kenapa di bawah pengaruh dadah?sebabnya aku baru ja lepas kena suntik di lengan akibat elergiku datang kembali..pegi Pusat Kesihatan Universiti dengan anne tadi,terus ke bahagian kecemasan..duduk2,kena check blood pressure dan body temperature oleh sorang Medical Assisstant,lelaki okeh..seronok kau raba2 lengan aku yeh..pastu siap kena perli2 lagi katanya kenapa tak datang pagi2 time maghrib ni baru tehegeh2 nak datang, Doktor tengah rehat..ehh,dia tanya kenapa tak datang pagi2 ja,tapi aku yang exaggerate lebih sebab cara dia tanya aku seolah2 itu yang dia cuba nak sampaikan..huhh~

kenapa elergi?aku pun takda jawapan untuk itu..awal pagi tadi dalam pukul 2-3 pagi aku dah start gatal2 satu badan..garu punya garu saling tak tumpah seperti kelakuan ungka yang kegatalan,tetiba naik la plak benjol2 gatal 1 badan..alaa,benjol cam kena gigit nyamuk tu tapi kau gandakan 4 kali lagi saiznya..1 badan okeh..termasukla mukaku yang menawan ini (okeh,makin teruk aku rasa khayalan lepas kena suntik ni)..kemudian aku buat tidak tahu saja, just sleep like a baby..bangun2 pagi aku tengok Alhamdulillah dah ok..akan tetapi bila petang menjelma gatal2 itu datang kembali..rujuk pada anne,yang datang ke bilik sambil membawa sebungkus plastik kecil garam kononnya nak di buat ubat sapu ke badan, diputuskan pergi ke Pusat Kesihatan Universiti saja sebab dah makin teruk..sampai di Pusat Kesihatan Universiti,nahhhh satu shot untuk aku~


p/s : rasa high ni sungguh pelik..