Wednesday, July 15, 2009

bengong~

Okeh..ready semua..aku nak mengamuk~

Ek eleyyy..kalo kau setakat nak SMS tanya aku “ada kat Sungai Petani ke tak”, then aku jawab “tak” dan kendian kau diam tak cakap apa2, baik kau tak yah SMS aku..

Haihh..bengong tul la~

Aku bukannya apa..cubalah bermanis sikit bila kau nak SMS aku tu..dah aku jawab “tak” tu kan, apa kata kau cerita la sikit sebab apa kau tanya aku macam tu..kau nak belanja aku makan ke kalau aku ada kat Sungai Petani..nak blikan aku kasut ke..nak blikan aku baju ke..ye lah,maksudnya bermanis2 sikit bila SMS aku,walaopon hakikatnya kau memang tak kan belanja aku satu hapa pon kan..beramah mesra la sikit..

Ehhh..hanginnnnya haku…

p/s : asal kau SMS aku ja mesti aku bengang..asal kau SMS aku ja mesti aku hangin..oleh itu, kau tak yah la SMS aku lagik okeh..

p/s 2 : terima kasih..aku dah selesai mengamuk..

p/s 3 : ehh..kawan2 yang tak berkaitan entry ni, jangan plak tak SMS aku dah..kang aku kesunyian..huwaaaa~

Monday, July 13, 2009

ganjaran hebat~

Kenapa ya..aku tak dapat nak berkomen di blog aku sendiri?

Tak best aa tak bleh balas balik komen mereka2 yang singgah kat blog aku nih..

Kenapa eh?

Ada ruang untuk post comment tapi aku tak bleh click kat situ..

Kenapa?Kenapa?Kenapa?

Mintak tulon sapa2 yang pandai dalam hal ni ajar aku apa yang patut di buat..

Nanti aku belanja COCOPIE yang sedap tu..

Betul nih..tak tipu~



p/s : corak layout blog aku ni memang sejibik sejiban cadar tilam aku..eh,tetiba rasa mengantuk plak..jom lena petang..haha~

Saturday, July 11, 2009

kesan di hati~

Kejadian semalam dan pagi ini agak terkesan di hati ku..
Apabila kejadian semalam berlaku, aku ok ja lagi.. buleh suruh hatiku bertenang.. siap cakap kuat2 kat diri sendiri lagi "fairuz,its ok..she doesnt mean it..maybe dia maksud benda lain,tapi aku yang paham lain..takdak apa2 la fairuz".. haa,sampai camtu lah aku motivate diri sendiri..then,aku ok jap siap main spider solitaire sampai 20 round (ece,tipu ja..10 round ja)..then,aku masuk tido atas tilam yang nampak ja empuk lagi enak berkrim di sukai ramai..aku tak tau la sebenarnya aku yang berat sangat ke atau tilam ni yang cabuk sebab time aku baring2 tu aku mesti dapat rasa spring bulat2 dok tertojoh badan aku..sakit weh..tapi..apakan daya itu ja tilam yang ada..tido ja lah..tu pun aku still buleh mimpi sterling knight yang hensem dan nyum nyum tu okeh..haha~
anyhow..bila aku terjaga ja pagi ni ada la plak benda tak best yang jadi..situasinya berbeza dari semalam,akan tetapi motifnya lebih kurang sama..buat aku terfikir2 dan akhirnya buat aku terasa hati..ceh,gila fragile hati aku nih..bukan apa,bila melibatkan orang lain dan orang itu memberi respon sebegitu dekat aku, aku rasa tak sedap hati la kan.buat aku terfikir "eh,teruk sangat ke prangai aku nih sampai buat orang tak selesa dengan aku?" dan at the end of the day memang aku akan tersaiko diri sendiri dengan berkata "aisey,aku ni memang terukla..patutla ramai orang tak suka aku..ha,tengok akak dok lepak tepi tasik tu tengok semacam ja..mesti dia tak suka aku kan?".. hah,sampai orang yang aku tak kenal lagi pon aku dah chop macam tu..then,kesannya buat aku tak suka nak berkawan dan berkenalan dengan orang lain atas alasan MEREKA TAK SUKA AKU..see,how shallow my thought is..
eiiiii..tak suka la feeling macam ni..honestly,aku tak salahkan langsung orang yang berkaitan..aku cuma salahkan diri aku sendiri ja..aku memang macam ni,telah diasuh dari kecil lagi supaya "salahkan diri sendiri kalau kemahuan diri tak tercapai..jangan nak salahkan orang lain..dan jangan nak cari alasan bodoh kalau benda yang tak diingini terjadi"..perghhh..hebat penangan mama ngan papa..tapi aku suka,sebab atas asuhan ni lah buat aku lebih mudah nak keraskan kembali emosi dan perasaanku yang berantakan..ece,ayat yang tak bleh blah..
tapikan kalau dengan orang yang tak berapa rapat ni aku tak da la terasa hati sangat tapi kalau kawan yang kita adore,yang kita anggap sahabat rapat kita, yang kita fikirkan sentiasa rupa2nya dari pihak kita ja..dari pihak dia tak anggap kita macam tu pon..kalo korang la yang dok tempat aku,agak2 korang terasa hati tak?rasa cam kecewa ja kan..rasa macam kena dumped dengan kekasih ja..tak pon rasa macam "kau minat sangat sorang lelaki tu,kau layan dia sangat baik dan sangat ikhlas, aleh2 kau dapat tau lelaki tu takda feeling langsung dengan kau"..ha,cam tu kan perasaannya..sakit wo..lagi sakit dari kena tojoh ngan spring bulat tilam aku nih..
anyhow..life must go on..takpa lah..maybe ada la yang tak kena dengan aku tu..takpa..aku cuba lah ubah apa yang tak sepatutnya tu..tapi whatever pon aku tetap sayang mereka yang terlibat dalam cerita aku kali ni..kecuali akak tepi tasik tu, nnt kita dah kawan sy sayang la kat akak okeh..huahua~

Friday, July 10, 2009

masalah problem~


Sedang aku godek2 album dalam laptop kesayangan aku ni kan, aku terpandang la gambar ni.. cam best ja kan, dok lompat2 depan Queensbay nih..hehe..muka happy ja, macam tak da masalah..huishh, bestnya hidup macam ni..tapi tu lah, mana ada hidup tanpa masalah kan? semua orang menghadapi masalah dalam hidup ni..menyelesaikan masalah tu lah yang membuat kita menghadam proses tumbesaran minda..yang buat kita lebih berpengalaman dalam menyelesaikan kesukaran dalam hidup..yang buat kita lihat diri kita pada kemudian hari dan bertepuk pada bahu sendiri dan berkata "ya, kau mampu lepasinya..apa yang kau perlu buat hanyalah lakukan yang terbaik untuk melepasinya"..salah satu prinsip kehidupan yang buat aku percaya dan yakin untuk menghadapi sebarang kesulitan dengan tabahnya ialah "Tuhan Yang Esa itu tidak akan menurunkan beban yang takkan tertanggung oleh hambaNya"...



p/s : masa aku syok dok lompat2 tu kan aku buleh tak terperasan ada satu family dok tengok gelagat aku yang terover energetic tengah hari buta tu..aleh2,kawan mak aku..owhhh..malu dan gabainya daku ketika itu..huhu..

Wednesday, July 8, 2009

addicted~

I am currently addicted to COCOPIE..

seriously..this chocolate pie is very droolingly delicious..

COCOPIE, CHOCOLATE PIE WITH MARSHMALLOW...

i am so addicted~

sisa~

Aku suka lagu ini..

Bait2 katanya agak twisting..

Pencipta liriknya memang bijak bermain dengan kata2..

Susunan ayat cantik..ayat yang berterus terang dan laid back tapi masih mempunyai sentimen yang tersembunyi..

Pendek kata..aku suka~

apa makna rasa itu padamu
apa maksudmu
segalanya ada pada diriku
apa cerita
aku antara satu kau teramat perlu
apa yang kau lihat itu seadanya aku

benar satu itu ada padanya
benarkah kau terfikir itu tiada padaku
benarkan aku
buktikannya itu pada dirimu
benarkan dirimu fikir kemungkinan itu

mungkin kau kan terseksa jika bersamaku
mungkin jua kau kan sesalinya seumur hidupmu
mungkin jua suratannya begitu
mungkin aku bukan yang kau kenali dulu

benar segalanya ada padaku
benarkah kau terfikir itu tiada padamu
benarkan aku
buktikannya itu pada dirimu
benarkan dirimu fikir kemungkinan itu

mungkin ku kan terseksa jika bersamamu
mungkin jua ku kan sesalinya seumur hidupku
mungkin jua suratannya begitu
mungkin kamu bukan yang kukenali dulu
SISA by NITRUS

Wednesday, July 1, 2009

hipokrit~

akulah manusia paling hipokrit di muka bumi ini..

buleh plak la aku bersms bergelak ketawa dengan bekas kekasih aku seperti tiada apa2 yang berlaku pada suatu malam itu..

padahal dalam hati macam tak mau layan dah..

tapi..aku gagahkan jugak membalas mesej..

konon2 mempersembahkan kemachoan dan kerileksan aku..

tapi..memang aku rilek ja pon..

lama2 pikir buat aku teringat apa dia buat kat aku dulu..

sakit hati oo..

patutnya aku tak layan la mesej dia malam tu..

haih~

kan dah jadi insan hipokrit...



p/s : tak sukanya~