Sunday, February 14, 2010

GONG XI FA CHAI!!!

salam..

yayyy..aku sedang berada dalam kekenyangan..alhamdulillah~
banyak sungguh aku makan malam ni..by the way, aku baru ja balik dari menghadiri jamuan tahun baru cina.. dapat jemputan melalui Auntie Hasnah, a good friend of my mum..actually, masa dapat invitation ni, aku dah berangan la..mesti buat kat restoran ikan bakar nih..so, expectation haruslah typical restoran punya kan..kemudian, berangkatlah kami..

tiba2, kereta Naza Ria dipandu papa membelok ke satu gudang yang sangat la besar..gudang ye kawan2..sila imagine macam gudang orang simpan traktor padi tu..hah, macam tu lah keadaannya..tak bleh imagine jugak?? nah aku letak gambarnya..haha~


haaaa..kan dh kata..memang pure gudang lah..haha..nasib baik la ada meja2 makan tu..nampak la macam berparty sikit..kata party tahun baru cina kan..haha..

sampai2, terus ja serbu meja makanan..dorang buat ala2 bufet gitu..iskk, memang sungguh lazat la makanan2 tu..nak makan apa, sebut ja.. dari makanan laut sampaila makanan darat..sate? laksa? ABC? semua ada.. BEER pun ada kawan2..berkoyan2 aku tengok..tringin plak nak bawak balik..haha~Astaghfirullahaladzim..bertenang2.. tuan rumah orang cina..so tak bleh nak kata apa la kan..

ni la yang aku makan.. isk, sedap owhhh~

kemudian, sedang asik menjamu selera..tetiba plak ada amoi cantik lagi seksi ni berdiri di depan..pegang mikrofon..dia berkaroke la plak..haha..yang best tu kan, dia nyanyi atas platform lori tu..dorang buat buntut lori as pentas..haha..dengan kepala lori pun masih tertojoh kat depan tu..dah macam crita transformers dah aku tengok..haha..tapi nasib baik la amoi tu nyanyi sedap..walopon lagu tong2 chiang (lagu cina la tu).

seterusnya, tetiba plak dengar letup2 kat blakang..toleh2 kepala dah nampak mercun tengah meletup2..perghh..happening seyh..situasi dia macam orang cina nak buat opening ceremony depan kedai tu..kan dorang nyalakan mercun yang merah tu kan..tapi yang ni kau gandakan 6 kali panjangnya..tau sebab apa aku kata panjang? sebabnya tuan rumah gantung mercun tu kat atas penyangkuk traktor yang setinggi bangunan 5 tingkat.. dijuntainya mercun tu ke bawah.. memang bleh lawan pertunjukan bunga api la lagaknya..haha~ (masa ni aku ada tangkap gambar..tapi check2 balik, gambar tu takda la plak..sayang2..)

hahh..lupa plak nak bagitau..dah ada berkoyan2 tin BEER tu kan, harusla ada yang mabuk..mabuk tak ingat punya..tuan rumah dengan kawan2 beliau pun steady ja, tapi yang pekerja2 bangla ni plak la yang terhuyung hayang mabuk.. bleh plak naik kat buntut lori (pentas yg disebut tadi) menari2 dengan rakusnya kat atas tu bertemakan lagu hindustan plak tu..haishhh..rindu kampung halaman gamaknya mereka nih..huhu~

then..setelah kenyang..mau pulang sudah..tak sangka plak, dah tua2 ni pon tuan rumah masih sudi memberi ang pow..yayyy..rezeki2..dan jugak seplastik besar limau.. baik hati sungguh tuan rumah ni, walopun baru ja kenal.. THANK YOU EN. WAN.. (wan cina ya..bukan wan melayu)

dikesempatan ini, wa mau ucapkan silamat tahun balu cina.. GONG XI FA CHAI kepada semua rakyat Malaysia terutama sikali yang menyambutnya..hoyyehhh~

hahh..inilah dia wajahku yang kekenyangan..burppp..Alhamdulillahhhh~


aneroxic!!

okey..mari kita berblog lagi..haha..punyalah rajin nk update blog skarang nih..pastu esok lusa senyap balik..haha..sabar je lah~

hurmm..tadi sedang aku lepak2 dalam bilik tengah layan lagu2 yang aku sungguh ketagih nk dengar setiap malam (hurmm..nnt aku update pasal lagu2 tu plak), papa datang ketuk bilik aku..tiba2 plak tu..papa ni kalau takda benda penting dan mustahak jarang benar dia ketuk dan masuk bilik aku..

pelik2..tetiba dia panggil.."kakak,meh sini tengok crita ni"..disebabkan bilik aku ni berdepan dengan ruang tv, aku ni pn terkedek2 la kluar..heran jugakla, apsal
papa aku ni tetiba suruh aku tengok tv..ada crita menarik kah?

korang nak tau crita apa??crita dokumentari pasal pesakit anorexic!!! apakah?? sambil2 tu papa seraya berkata.."tgk crita ni, depa semua ni semua nak kurus
sampai tak kisah dah pasal kesihatan..huduh betoi la kurus2 sgt nih"..

sampai sekarang aku masih tak berapa nak paham kenapa papa suruh aku tengok crita tu..anorexic kah aku??haha~




hurmmm..rasanya aku dah cukup kembang nih..tak mungkin anorexic..haha~

daku kembali lagiiiiii~


Salam..

Eh..eh..dah lama aku tak berblog yeh..tetiba plak terasa rindu nk menaip..
okeh,untuk mengubati rasa rindu korang semua terhadap diriku yang telah lama menyepikan diri..mari aku sajikan gambarku yang terkini..haha..

iyaaaa..aku pun rindu kalian semua..muah2..

iskk..sekeping sudah la kot ye..kang muak plak korang..haha~

Thursday, October 29, 2009

shohhhh~

aku rasa macam nak berjiwang karat aa malam ni..
seperti mau luahkan rasa yang membuak2 dalam jiwa..ece..buak la sangat..

begini..

aku suka pada seorang lelaki ini..suka sangat..aku dah pernah luahkan padanya..tapi aku kena reject..dia bagi alasan dia tak ready..aku of course la rasa malu kan sebab kena reject tapi seriously aku tak rasa macam nak putus asa nakkan dia..aku tak tau la kenapa..hanya dia yang bertakhta di jiwa..owoh2..gatai hakikatnya aku ni..haha~

but then, walaupun aku rasa aku masih sukakan dia dalam pada yang sama aku rasa benci sangat dengan dia..benci sebab dia tolak cinta aku..malu dowh kena reject..aku rasa aku dah cakap kat dia 3-4 kali aku nak kat dia..tapi dia tetap kata dia tak ready..ayat dia yang selalu berkumandang "kalau ada jodoh, tak ke mana"..aku ni tak paham2 bahasa la..dah orang tak sudi tu kan, buat apa la nak terhegeh2 mengharapkan dia lagi?ntahla..aku pon tak paham dengan diri aku nih..mungkin sebab aku ni seorang yang sangat degil dan tak mau mengaku kalah, di sebabkan itulah aku masih menaruh perasaan pada dia..tak pon mungkin bila dia dah cakap kat depan muka aku sendiri "u, i tak suka dengan u..u faham tak..u bukan pilihan hati i..u tak da ciri2 wanita idaman i..sudah2 la menagih cinta dari i sebab u takkan dapat.." haaa,bila dia bawak keluar ayat ni baru aku akan berenti menaruh perasaan terhadap dia..totally..(mau meraung guling2 kluar air mata berbesen2 la kalo dia cakap macam tu..huhu)..tapi seperit mana pon kata2nya aku tetap akan terima dengan pasrah..wahh,gitew..

sebab apa aku suka dekat dia sampai aku rasa tak mau putus asa tu?ntahla..aku rasa aku suka dengan tingkah laku dia..dan aku rasa selesa dengan dia..yeah,thats the right word..SELESA..whenever i saw him, i just feel comfortable..itu saja sebabnya..aku suka lelaki yang dominan dari aku..dan pada pandangan aku dia ada ciri itu..

well,awal oktober lalu aku cuba lagi skali untuk mengapproach dia..dan seperti biasa = REJECT..sedih tau..malu tu tolak tepi..walaupun hakikatnya sangat malu la kena reject buat sekian kalinya..haha..he wants us to remain as friends..but obviously la aku tak nak kan..bagi aku take it or leave it..aku tak boleh nak neutralkan suka aku sebagai lover kepada suka aku sebagai kawan..NO..NO..NO..

jadinya, aku terpaksa cari jalan untuk membencinya..supaya aku dapat melupakannya..tapi susahla..setiap kali aku cuba nak lupakan dia, ada ja sinar harapan sayup2 bercahaya..ada saja kejadian yang seolah2 aku rasa dia tujukan kepada aku yang buat aku rasa harapan itu masih ada..iskk,susahla macam ni..its so hard to let go something u've barele had..iskk..its so complicated when its all about heart and feeling..

arghhhh..sudahla..aku dah putus asa..

pergilah kau main jauh2..jangan datang dekat kalau tiada khabar gembira untuk aku..jauh2..aku mau lupuskan kau dari ingatan..shohhhh~

Thursday, October 15, 2009

funfair yang unfair~

Alkisahnya..

smalam aku berdating dengan anak pakcik othman.kononnya mau pergi berjoli di funfair dekat taman ria.hati dah excited nih.janjinya lepas maghrib.then pukul 8 lebih paparadzi hantar aku ke rumah beliau.

dalam pukul 8.30 mlm tu kami pun memulakan perjalanan..asyik bersembang sedar2 dah sampai kat area taman ria..dah nampak dah lampu lip lap lip lap ceria funfair tu rasa excited datang menjelma dengan rakusnya.tengok suasana sekeliling rasa macam nak naik semua permainan.

sampai depan pintu utama..dah kena bayar 3 ringggit..hoh,nak melangkah masuk dalam funfair tu pon kena charge rm3 yeh..cekik darah betul..tu tak termasuk tukar token lagik..satu token harganya rm2..kebanyakan permainan kena guna 2-3 token..gila mahal..harga sebuah ride yang kononnya menyeronokkan berharga rm4-rm6..mahal tu..lepas kalau buat bayar lunch dekat McD..haihh..

setelah berpakat dengan beliau,kami sebulat suara untuk membeli token berharga rm20 satu kepala..ece,kata excited nak tunggang semua permainan kan..sebab tu beli banyak..hehe..

mula2 tu terfikir jugak, nak main permainan yang mana dulu..pastu si dia mencadangkan satu permainan ni yang nama apa ntah aku pon dah terlupa..tengok pada gaya permainan tu..ya Allah,sungguh dahsyat pusingannya..buleh tercabut usus panjang aku nih, tak pun bleh terkeluar diafragma perut aku nih..betapa dahsyatnya first impression aku dengan permainan ni..itu baru first impression..tapi,aku tetap rasa nak cuba naik..maka, aku pun naik la..bersama dia di sisi..ewwahh..

kami tunggu agak lama jugakla nak menanti seat semua penuh baru benda alah ni berjalan..aku dh terkumat kamit membaca doa yang mana patut..tangan pon dah sejuk ni..sambil muka yang excited plus takut..sebelum tu sempat lagi memuji remaja pompuan depan aku tu.."awak,cantik kan girl tu.."bahaha..sempat lagi tu..nak hilangkan nervous gamaknya..dan,tunggangan pun bermula....

"AAAAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
AAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaa..AAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
AAAAAAAAAAAAAAAAA..AAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh"
kataku sekuat hati..dalam hati "YA ALLAH,YA TUHAN..CEPATLA BRENTI MENATANG NIH!!!"..haha,memang persis first impression aku..sememangnya buleh tercabut usus panjang aku nih dan memang buleh terkeluar diafragma perut aku nih..paling dahsyat amat sangat!!

kemudian benda alah tu pun berhenti..sedar2 basah ja pipi aku..bila masa plak la air mata terkeluar ni?mungkin sebab ride yang sangat amat bergelora tu sampai air mata pon terkeluar dengan sendirinya..bahaha..punya tak mau ngaku menangis tu..

turun ja dari seat tu terus aku serbu tangan anak pakcik othman..jalan pun dah melelong..kepala pon rasa macam tak duduk kat tempatnya dah..bukan stakat kepala,aku rasa segala isi perut dan organ dalaman dah berterabur dalam badan nih..aku tengok orang lain relaks ja..siap tangkap gambar lepas turun benda tu..yang aku nih, nak berjalan pun kena pimpin..haha..aku tengok anak pakcik othman, steady ja..tapi nampak gak unsur2 kepeningan di wajah dan cara jalannya..bahaha..aku pun terus berkata "awak,jom duduk tepi tu dulu..bagi semua organ dalaman dok kat tempat dia balik.."..maka,duduklah kami di atas tangga di bucu2 funfair itu..

seriusnya, aku memang sangat pening tika itu..rasa nak termuntah pon ada..anak pakcik othman dah okeh dah tapi aku yang tak okeh2..token banyak lagi nih?apa nak buat?yang aku ni dah memang sangat tak larat nak berjalan..lemah longlai dah nih..dengan keberanian, anak pakcik othman gagahkan dirinya yang memang tengah pening2 lalat tu pergi jual balik token tersebut..tapi bukan dekat kaunter ya, dekat orang yang beratur kat kaunter tu..bahahaha..macam ulat tiket dah gayanya..tapi tak apa,yang penting tak balik dengan kerugian..haha~

kemudiannya,aku yang dah tak larat ni menonong jalan ke keta..yang aku tau nak rest ja dalam keta..aku dah rasa sangat nak muntah dah ni..mualnya rasa..sampai2 kat pintu keta..

"uwwweeeekkkkkk"..termuntahlah aku di situ..dua kali plak tu..bahaha..haa,bila dah muntah tu rasa elok la sikit..kesian kat anak pak cik othman,terkesima tengok aku muntah tepi tu..

hah,apa lagi..selepas itu terus dia hantar aku pulang..tapi sebelum tu sempat lagi dia pusing kat funfair tu sebab nak tangkap gambar nak letak kat blog..bahaha..

itulah dating paling tak kena gaya sepanjang sejarah aku berdating dengan dia..bahaha..kesian kat dia sebab dalam pening2 tu sanggup lagi p menjual token balik, membeli air 100 plus untuk hilangkan pening dan juga memandu aku pulang..

"owhhh, mintak maaf banyak2 la awak..sebab dah susahkan awak..huhu..lain kali kita dating lagi, jangan dok p tempat2 lagu tu dah na, kita p melepak kat oldtown ka, window soping dan soping ka, tak pun kat umah awak ja lah..huhu"


p/s : terima kasih awak..saya sayang awak lah anak pakcik othman..chupchup~

Sunday, October 11, 2009

telefon bimbit

aku dah beli telefon bimbit yang baru..yayy!!

sekian, terima kasih~


p/s : bekurang gaji aku..huhu~

Thursday, October 8, 2009

heartbreak~

hatiku terluka...

sangat sakit...

pedihnya...

harapan ku musnah hanya dengan balasan sms itu...

segala2nya hanya tinggal harapan yang sia2...