Wednesday, June 24, 2009

rasa~

Salam sejahtera semua~

penah rasa tak satu perasaan di mana kau tengok satu benda dan kau teringin sangat2 memiliki benda tu dan kau tetapkan azam dalam hati kau akan berusaha bersungguh2 untuk dapat kan benda tu dan alih2 kau tengok benda tu dah jadi kepunyaan orang lain dan orang lain tu bukan orang lain sangat tapi di kalangan orang yang rapat dengan kau jugak..nak2 orang tu tak berusaha sesusah mana pun nak dapatkan benda tu..apa perasaan kau?

cemburu kan?

hah..itula apa yang aku rasa sekarang!

huh~




p/s : dan ditambah sikit la rasa sakit hati..ala,jangan tipu la kalo kau tak rasa sakit hati..kan?

Tuesday, June 16, 2009

malas!

Malasnya nak memulakan kehidupan di Serdang kembali....

Arghhhhhhhhhhh.....

Aku telah terbiasa memanjakan diri di syurgaku ini.....

Aku malas keluar dari syurga terhebat di dunia ini....

Aku malas nak memerah dan mencairkan otak untuk meneruskan kehidupanku di sana...

owhhhhhh....

MALASNYAAAAAAAAA~

Monday, June 15, 2009

kerana diriku begitu berharga~

salam sejahtera semua~



tadi sewaktu dinner kfc bersama-sama mama n papa kat umah, mama baru teringat nak bercerita ada seorang lelaki Indonesia bertanyakan khabar aku?hah?!!lelaki Indonesia?



actually,mama baru balik dari Bandung a couple weeks ago with papa..dorang pegi honeymoon tak ajak aku..chait~



tapi sebenarnya aku dah sampai Bandung beberapa bulan lepas dengan mama..so,aku tak berpeluang la nak join mama n papa on that trip..



alkisahnya,masa aku ke sana dulu aku dinner kat satu kedai seafood ni..apa ntah nama kedainya..aku pun tak ingat..kat dalam tu waiter2 yang ada punyalah kacak..seperti lelaki2 putih gebu kulitnya yang selalu berlakon dalam sinetron2 Indonesia tu la..owhhh..kacaknya..*drool*



owhh..ruginya tak berkenalan dengan mereka..haih~



by the way,bila mama n papa ke Bandung on the next trip,mama pon bawak la papa makan kat situ lagi..dan masa nak bayar tu adala orang yang bertanyakan aku..bertanya kenapa aku tak ikut sekali dan juga bertanya aku sihat ke tak..



wah..wah..lepas aku dengar cerita mama tu aku terkejut la jugak..sebab aku makan kat kedai tu dulu tak sampai 2 jam pon..dan hakikatnya banyak lagi pelanggan kedai tu datang 2-3 bulan lepas aku pegi sana dulu..dan ada jugak orang ingat aku..tak sangka sungguh~



sebenarnya aku selalu anggap dari dulu sampai la sekarang,kalau aku bertemu dengan individu baru dan setakat tengok muka dan senyum2,aku yakin sekali dia tak akan ingat aku dah lepas tu..tapi lepas apa mama cerita tu aku rasa happy..sebab ada orang ingat kat aku walaupun jumpa kejap ja..dan benda2 kecik macam ni memang berupaya untuk menambahkan keyakinan diri aku untuk lebih menghargai diri sendiri..



kita kena ingat,tak semua orang punya keyakinan diri yang tinggi..aku ni dalam kategori insan yang sangat tipis keyakinan dirinya..walaupun umur nak menginjak 23 tahun,my self esteem sangat rapuh..aku suka tengok orang yang tinggi keyakinannya..yang boleh speak out apa yang termaktub dalam minda,melemparkan idea dan berhujah dengan yakin tanpa perlu menyakitkan hati sesiapa..aku nak sangat jadi macam tu..



tak mengapa..aku akan berusaha mengikis segala kemalu-maluan aku tu(ehh,kenapa lain macam ja bunyi ayat terakhir tu..)dan tingkatkan keyakinan diri..oh,yeah..aku akan cuba~





p/s : terasa nak ke Phuket, tetapi H1N1 menghalang..apakan daya~

Sunday, June 14, 2009

ole-ole~

salam sejahtera semua..







lama sungguh tak masukkan blog baru..well,sebabnya aku tak tau nak cerita tentang apa..nothing much happened while i'm not blogging..so nothing interested things to be posted to this blog..







but..wait a minute..







so,why are u making this entry Nurul Fairuz Hidayah?







well..just want to share what i've done a couple weeks ago..







TADAAAA.....




yupp..cupcakes..ni pon sebab ada insan yang tempah..300 biji untuk birthday party..it was my first time make dis cake..n sambutannya sungguh hangat~


the next weeknya ,aku dapat tempahan untuk gift for kenduri kawen 1000 biji, minus the icing on top and downsize it a bit..lagi senang keja aku..


well..yang tu pun aku dah laksanakan..dan aku rasa sebab tu aku tak selalu update blog..BUSY..


hahahahaha..BUSY la sangat~






p/s : so..ada sesiapa nak tempah cupcakes?dialu-alukan,leave ur message in the comment box ya..hehe(ada ke?)

Sunday, June 7, 2009

bencinta~

i HATE you..

i need to HATE you..

i have to make myself HATE you..

BUT..

i could not do it..

i failed to do so..

LOVE is stil there..

i HATE that i still have 'this' feeling towards you...

argghhhhhhhhhh!!!!




p/s : kau terlalu tegar untuk lupus dari ingatanku..

Thursday, June 4, 2009

tersedar~

hari ini aku tersedar bahawasanya aku akan menjadi terlebih berani andai aku berada dalam perasaan bengang dan marah~

owhhh..jangan bertindak bodoh, nurul fairuz hidayah~

sangat bahaya ya kawan2, untuk menjadi terlebih berani terutama sekali ketika di atas jalan raya..

kawal perasaan anda, terutama sekali ketika sedang memandu..

pandu dengan cermat..ingat orang yang tersayang~




p/s : ohh ya..satu misteri telah melanda..aku check akaun bank aku sebentar tadi, ada orang telah bank-in kan sekian amaun ke dalam akaun aku..sangat pelik dan sangat musykil..hurmmmmm~

Monday, June 1, 2009

manja?

semalam aku ke Queensbay, Penang..

motifnya haruslah bershopping kan..

pergi ke sana bersama abang aku aman dan adik aku wafi..

sungguh2 aku mengepau abang aman semalam..

terasa seperti bershopping bersama sugar daddy pula, semua yang di minta semua dapat..

tak pernah dimanjai sebegini rupa..

eh, bukan..

selalu sangat dimanjai oleh abang aman sebegitu rupa..

aku sebenarnya tak suka dengan perasaan bersalah mengepau abang aman..

terasa seperti tidak berdikari..

aku sepatutnya dapat memenuhi semua kehendak aku dengan kudrat sendiri sekiranya bekerjaya..

malangnya aku tidak bekerjaya lagi..

abang aman sungguh2 berusaha memenuhi kehendak aku..

jarang sekali dia berkata TIDAK atau TAK BOLEH..

aku tau dia sayang adik2 dia ni..

sebab tu dia selalu manjakan kami..

terima kasih abang aman.. =)

akan ku balas segala jasa baik abang aman andai aku kaya seperti abang aman nanti..

waktu itu harus akan tiba..

secepat mungkin..




p/s : Amiiiiinnnnnnn.......

p/s : aku tau abang aku baca blog nih..as a silent reader..kan abam kan?..hehe..